Thursday, October 28, 2010

Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.


(Sumber daripada Utusan Melaysia Online 29/10/2010)

Ini adalah suatu perkembangan yang membimbangkan. Dikala negara pada ketika ini diselubungi oleh orang-orang yang popular dengan gelaran Ultrakiasu, ditambah pula dengan golongan buta sejarah yang terdiri daripada generasi muda kini. Dimanakah silapya? apa lagi alasan mereka untuk tidak mengingati sejarah bangsa dan negara? apabila dua tarikh keramat negara serta nama bendera Malaysia pun lupa, inikan pula ingin menjadi seorang yang berjaya dalam hidup? (kata-kata klise daripada mulut para pelajar kini). Mereka daripada luar pasti mentertawakan sikap golongan ini yang lupa asal-usul seperti seorang yang hilang bajunya dalam laci sendiri.... sangat memalukan!

Ingatlah, SEJARAH NEGARA INI ADALAH MARUAH ANDA! anda tidak layak digelar rakyat Malaysia jika sejarah pembentukkan negara pun tidak tahu! anda tidak layak menerima hak keistimewaan bumiputra sekiranya nama bendera Malaysia dipersenda-senda!

Tiada alasan untuk anda tidak mengetahui semua perkara ini kerana semua maklumat berada di hujung jari!
ingatlah Kekuatan sesebuah negara bukan terletak pada ekonomi, ketenteraan mahupun keluasan negara itu... tetapi kekuatan sesebuah negara terletak pada ILMU, SEJARAH dan PERPADUAN!!!!! jika hilang salah satunya... negara tersebut pasti akan hancur...

dengan itu selalulah berfikir... jangan asyik syok sendiri dalam kehidupan...  

Wednesday, October 27, 2010

Rosmah beri taklimat PERMATA kepada Gursharan

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi taklimat mengenai operasi Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) di Presint 16, di sini, kepada isteri Perdana Menteri India, Gursharan Kaur, semalam.

Gursharan meluangkan masa kira-kira sejam untuk melawat sekitar Pusat PERMATA berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

Gursharan berada di negara ini kerana mengiringi suaminya, Manmohan Singh yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Pusat PERMATA yang beroperasi sejak 1 Mac 2010 itu kini menempatkan 41 kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.

Sementara itu, pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah hari, di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini, Gursharan memuji penubuhan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang disifatkan berperanan aktif membantu rakyat terutama menerusi skim perubatan dan bantuan pendidikan dalam misi keamanan sejagat.

“Sebagai kunjungan pertama ke Malaysia, integriti budaya, adat resam dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini mengagumkan dan saya akan merinduinya. Di India, isteri pemimpin tiada peluang untuk menjalankan tanggungjawab bersosial dan menyumbangkan bakti kegiatan seumpama ini, ” katanya.

Hadir sama, Rosmah, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah berkata, beliau gembira di atas kunjungan Gursharan dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-India kerana ia penting bagi mengukuhkan jalinan kerjasama yang dibentuk antara dua pemimpin, kerajaan dan negara masing-masing.

(Sumber Berita Harian Online 28/10/2010)

Taklimat untuk PERMATA sahajakah??? mengapa perlu diadakan taklimat khusus untuk itu untuk diplomat asing??? seperti hendak mengangkat bakul sendiri...

sungguh hairan tabiat First Lady Malaysia ni... beliau bertindak didepan khalayak seperti hendak berbuat bakti kerana ingin mendapatkan nama (bukan saya sahaja bercakap namun ramai rakyat Malaysia mengatakan ini)... Ini adalah kurang sihat...

Taklimat mengenai PERMATA seharusnya diperjelas ke akar umbi... kenapa? kerana saya percaya hampir separuh daripada rakyat Malaysia merasa pelik dengan penubuhannya...

Sebelum PERMATA, kita telah ada KEMAS, dan disetiap sekolah terdapatnya pra-sekolah. ini tidak termasuk taska asuhan kanak2 daripada swasta tumbuh bagaikan cendawan di bandar-bandar. Persoalan pokok disini... MENGAPA PERMATA??? mengapa tidak memperkasakan institusi yang sedia ada walhal kerajaan Najib hari ini mengamalkan konsep berjimat cermat dalam awal pentadbiran beliau? mengapa mesti menghabiskan berjuta ringgit kepada sesuatu yang sebenarnya telah dilakukan oleh agensi kerajaan kini? jika ianya tersangat sangat penting sekalipun... mengapa pihak yang memperkenalkannya tidak memberikan spesifikasi kepentingan dan kewajarannya diperingkat akar umbi??? mengapa saya mengatakan sedemikian? kerana dikhuatiri rakyat berpandangan serong mengenai apa sahaja dasar yang diperkenalkan oleh PM kita gara2 beberapa dasar dan keputusan kerajaan hari ini secara kasar dilihat sebagai tindakan yang membuang wang, masa dan tenaga... "bukankah lebih baik peruntukkan yang ada di salurkan untuk membina jalan raya yang belum siap dibelakang rumah aku ni," kata salah seorang penduduk kampung disini...

fikir-fikirlah....  

Amaran Osama terhadap Perancis susulan haram purdah, pembabitan di Afghan

DUBAI: Osama Bin Laden, memberi amaran kepada Perancis bahawa rancangan negara itu mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam dan pembabitan mereka dalam peperangan di Afghanistan membolehkan tindakan ganas di ambil ke atas warga negara Perancis.

Perancis menyuarakan kebimbangan dan mendesak keperluan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, sambil menambah, bagaimanapun pihak berkuasa negara itu sedang mengesahkan ketulenan amaran terbabit.

Dalam satu rakaman audio yang disiarkan menerusi televisyen AL-Jazeera, Osama berkata, penculikan bulan lalu terhadap tujuh warga asing, lima daripadanya warga Perancis di Sahara, utara Niger adalah sebagai satu amaran. - AFP

(sumber daripada Berita Harian 28/10/2010)

Tindakan pengharaman pemakaian hijab ini bukan sahaja berlaku di Perancis tetapi juga "berjangkit" di Australia serta menular di beberapa buah daerah di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. ternyata Islamfobia telah mencapai suatu tahap membimbangkan sehingga seorang muslim yang ingin menunaikan solat 5 waktu itu dikatakan Pengganas? dimana letaknya demokrasi dan kebebasan hak beragama di mata pemimpin-pemimpin ini, sedangkan dipentas dunia mereka ini mengaku sebagai negara yang liberal, bertunjangkan hak asasi kemanusiaan?

Lebih pelik... mengapa seorang pengganas dan militan seperti Osama bin Laden ini sahaja yang lantang menentang undang-undang orang barat ini? dimana peranan Liga Arab, OIC dan NAM berhadapan dengan isu Syariah Islam yang di perlekeh-lekehkan oleh Barat?

Kita di Malaysia sungguh beruntung kerana negara masih lagi berpegang dengan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI... dan terikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan. Disini kita bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing (itu pun masih ada yang tidak puas hati)... sungguh hairan mengapa ada puak-puak seperti Hindraf cuba untuk menumbangkan kerajaan hari ini, walhal semua kepentingan kaum dinegara ini masih diambil kira oleh pihak Kerajaan. Cuba bayangkan... tanpa Kerajaan sekarang apa akan jadi dengan Negara kita...

maka berbalik dengan isu tadi... apakah peranan kita sebagai negara Islam? mendengar saja?

Tuesday, October 26, 2010

Ketahui Hak Anda Ketika Di Tahan Oleh Pihak Polis

Akhir-akhir ni banyak tersebar di Facebook ,Youtube ,forum-forum mengenai video seorang wanita merakam saat-saat dirinya ditahan polis dan berlalu sedikit perbalahan di situ. Jadi untuk pengetahuan anda semua, kami kepilkan di sini mengenai hak yang anda ada ketika ditahan polis. Baca dan fahaminya.


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan DiriJika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam - Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis - Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lainTanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”
2.3 Adakah anda sedang ditangkapAnda sedang ditangkap jika Polis:menjawab “ya”; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; ataumenggari anda.Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkapPolis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112: Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112 - Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda - Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.


4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap. Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?” Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap. Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: Keluarga atau rakan; dan/atauSeorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka:yang anda telah ditangkap; masa, tempat dan alasan ditangkap; Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam. Di Balai Polis, atau Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguamSebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadiPihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda -  dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda? Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret? Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman - Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman? - Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman? - Maklumkan kepada Majistret: anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat - Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukanJika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan? - Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll. Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda - Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: Bantah; Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.


8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian - Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. Anda ditangkap. Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan - Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan.

Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda - Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita


9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda - Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri - Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,“Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan - Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti - Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : FB Jabatan Penerangan Malaysia

Pemahaman Cukai Dalam Islam...

Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah. [/b]



Ustaz Zaharuddin.net ni memang tersohor tak bersumber. Kalau boleh dia nyatakan sumber yang DIBENARKAN.DENGAN SYARAT, macam mana Islam boleh membenarkan perniagaan Arak dalam negara dan boleh pula Negara Islam menerima cukai arak.



Betulkah benda2 ini pernah berlaku di zaman Rasullulah , Kulafa Ar-Rasidin dan sesudahnya? atau berlaku dalam pemahaman Ustaz Zaharuddin.net sahaja ?



Ahludz-Dzimmah atau orang non-muslim yg duduk dalam negara Islam tidak pernah dibebankan dengan cukai, mereka hanya diminta membayar Jizyah.



Dalam kitab Mukhtar as-Shihhah disebutkan, bahwa jizyah adalah sesuatu yang diambil dari Ahludz-Dzimmah., Ibn Qudamah menjelaskan, bahwa jizyah adalah wazhafah (kompensasi) yang diambil tiap tahun dari orang kafir karena dia menetap di dalam Dar al-Islam. Imam an-Nawawi, ketika ditanya tentang bagaimana bentuk akad negara dengan Ahludz-Dzimmah, beliau menjelaskan: "Saya menetapkan Anda untuk menetap di Dar al-Islam, atau saya mengizinkan Anda untuk tinggal di sana, dengan syarat Anda harus membayar jizyah dan tunduk pada hukum Islam."



Jadi boleh kemukakan pertanyaan kepada Ustaz Zaharuddin, Hukum Islam mana yang membenarkan orang berniaga arak dan boleh pungut cukai arak dalam negara Islam



Dari uraian di atas jelas sekali, bahwa logika pengambilan jizyah sebagaimana yang dikemukakan oleh para fuqaha' di atas adalah terkait dengan izin dan legalitas yang diberikan oleh Negara Islam kepada orang kafir yang menjadi Ahludz-Dzimmah. Dzimmah adalah jaminan negara kepada mereka, yang dianggap "orang asing" atau "bukan pemilik", untuk menetap di wilayah Dar al-Islam, yang merupakan milik orang Islam, dengan tetap bebas menjadi orang kafir, berakidah, beribadah, berpakaian, makan, minum dan menikah dengan tatacara kufur dan bukan tatacara Islam. Mereka tidak akan dipaksa untuk meninggalkan semuanya itu. Untuk mendapatkan jaminan tersebut, mereka harus membayar jizyah kepada negara. Namun, di luar tatacara tersebut, semua warga negara, baik Muslim maupun non-Muslim wajib tunduk dan patuh pada sistem perundang-undangan negara. Inilah jaminan atau dzimmah yang diberikan oleh Islam kepada mereka.



Selain itu, harus dicatat, bahwa jizyah hanya dipungut dari: lelaki, balig dan berakal. Jizyah tidak akan diambil dari perempuan, anak-anak dan orang gila. Jizyah juga hanya diambil dari orang yang mampu. Yang tidak mampu justru akan mendapatkan nafkah dari negara. Ini berbeza sekali dengan konsep dan praktik cukai dalam sistem negara sekular atau negara-negara kafir, karena dalam praktiknya, cukai tidak pandang bulu; berlaku untuk laki-laki dan perempuan, kaya dan miskin, dewasa dan anak-anak.





Selain itu, dalam pemungutannya, jizyah pun ada kadar dan ukurannya. Yang masuk kategori kaya (kelas atas) ditetapkan 4 Dinar (x 4.25 gram emas) atau 17 gram emas, (tukarlah nilai emas ke ringgit malaysia). Yang masuk kategori sedang (kelas menengah) ditetapkan 2 Dinar atau 8,50 gram emas,. Yang masuk kategori mampu, tetapi di bawah kelas menengah, ditetapkan 1 Dinar atau 4,25 gram emas, Juga harus dicatat, bahwa jizyah hanya dipungut sekali dalam setahun. Itu pun tidak boleh dipungut lebih dari kadar yang telah ditetapkan di atas.



Inilah hukum Islam tentang jizyah. Perlu ditambahkan, bahwa sebagai warga negara Khilafah, orang kafir hanya dikenakan jizyah. Jika mereka mempunyai tanah pertanian maka selain jizyah, mereka harus membayar kharaj, sebagai kompensasi dari penghasilan tanah pertanian mereka. Namun, mereka tidak terkena dharibah . Sebaliknya, orang Islam dikenakan zakat fitrah perkepala dan zakat mal untuk harta mereka. Untuk tanah pertanian mereka, mereka akan dikenakan 'usyur, jika tanah mereka berstatus tanah "usyriyyah", atau kharaj, jika tanah mereka berstatus tanah kharajiyyah. Selain itu, jika tabungan negara dalam defisit, negara bisa mengambil dharibah dari umat Islam, khusus untuk laki-laki, balig, dewasa dan mampu.



Orang non-muslim pun mendapat rahmat dari sistem Islam.





Disunting dari :http://konsultasi.wordpress.com/Konsultasi IslamMengatasi Masalah dengan Syariah



Catatan kaki:



1 ?Abdul Wahhab Khallaf, As-Siy?sah as-Syar?iyyah, Muassasah ar-Risalah, Beirut, cet. V, 1993, hal. 71; Muhammad Khair Haikal, Al-Jih?d wa al-Qit?l f? as-Siy?sah as-Syar?iyyah, Dar al-Bayariq, Beirut, cet. II, 1996, I/677.



2 Ar-Razi, Muhktar as-Shihhah, hlm. 86.



3 Wazhafah ini adalah pekerjaan (tenaga/jasa), gaji, makanan ataupun yang lain yang ditetapkan untuk diberikan oleh orang Kafir yang menjadi Ahludz-Dzimmah.



4 Ibn Qudamah, Al-Mughni, X/567.



5 An-Nawawi, Al-Minhaj (Mughni al-Muhtaj), IV/242.



6 Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fa Dawlah al-Khil?fah, Dar al-Ilm li al-Malayin, Beirut, cet. II, 1988, hlm. 69.



7 Ibid, hlm. 70-71.



Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id



Masih mencari2 sumber yg membenarkan perniagaan arak dalam negara Islam, seperti yg dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin. Tak pernah jumpa. ;) kalau ada sesiapa pernah jumpa boleh share sama2 ilmu tersebut untuk kebaikan bersama.Wallhu a'lam.



_____________________________________________________________________________________________



post ini dipetik daripada blog Malaysianbiker.com ditulis oleh abol...



Secara Harfiah, kutipan cukai daripada sumber haram (judi, arak, dsb) sebenarnya diharamkan dalam Islam... hanya dibenarkan adalah kutipan dharibah (berdasarkan artikel) yang dikutip hanya kepada orang Islam dalam semua peringkat kategori JIKA kerajaan menghadapi masalah keewangan (defisit tinggi). ini bermakna mereka daripada non-muslim mendapat keselesaan daripada kerajaan Islam yang hanya membayar Jizyah sekali dalam setahun.

Mula Berjinak...

saya tertarik untuk mempunyai blog sendiri kerana merasakan ianya adalah media baru untuk mendapatkan maklumat selain melayari laman-laman web media massa sama ada dalam atau luar negara.

tujuan blog ini saya wujudkan hanyalah sekadar menyatakan pandangan dan pendapat saya terhadap beberapa isu dan perkara yang sering kedengaran pada masa kini. Saya juga berharap dengan binaan blog ini, para pembaca bukan sahaja menerima input, malah memberikan output terhadap apa sahaja isu yang diutarakan dalam blog ini.

dengan ini, saya berharap mereka yang membaca segala nukilan dalam blog ini boleh memberikan respon agar berlaku pertukaran maklumat dan input-input yang berguna bagi penulis serta pembaca.

sekian dan terima kasih


----- Banchang85 ------