Wednesday, October 27, 2010

Rosmah beri taklimat PERMATA kepada Gursharan

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi taklimat mengenai operasi Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) di Presint 16, di sini, kepada isteri Perdana Menteri India, Gursharan Kaur, semalam.

Gursharan meluangkan masa kira-kira sejam untuk melawat sekitar Pusat PERMATA berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

Gursharan berada di negara ini kerana mengiringi suaminya, Manmohan Singh yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Pusat PERMATA yang beroperasi sejak 1 Mac 2010 itu kini menempatkan 41 kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.

Sementara itu, pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah hari, di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini, Gursharan memuji penubuhan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang disifatkan berperanan aktif membantu rakyat terutama menerusi skim perubatan dan bantuan pendidikan dalam misi keamanan sejagat.

“Sebagai kunjungan pertama ke Malaysia, integriti budaya, adat resam dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini mengagumkan dan saya akan merinduinya. Di India, isteri pemimpin tiada peluang untuk menjalankan tanggungjawab bersosial dan menyumbangkan bakti kegiatan seumpama ini, ” katanya.

Hadir sama, Rosmah, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah berkata, beliau gembira di atas kunjungan Gursharan dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-India kerana ia penting bagi mengukuhkan jalinan kerjasama yang dibentuk antara dua pemimpin, kerajaan dan negara masing-masing.

(Sumber Berita Harian Online 28/10/2010)

Taklimat untuk PERMATA sahajakah??? mengapa perlu diadakan taklimat khusus untuk itu untuk diplomat asing??? seperti hendak mengangkat bakul sendiri...

sungguh hairan tabiat First Lady Malaysia ni... beliau bertindak didepan khalayak seperti hendak berbuat bakti kerana ingin mendapatkan nama (bukan saya sahaja bercakap namun ramai rakyat Malaysia mengatakan ini)... Ini adalah kurang sihat...

Taklimat mengenai PERMATA seharusnya diperjelas ke akar umbi... kenapa? kerana saya percaya hampir separuh daripada rakyat Malaysia merasa pelik dengan penubuhannya...

Sebelum PERMATA, kita telah ada KEMAS, dan disetiap sekolah terdapatnya pra-sekolah. ini tidak termasuk taska asuhan kanak2 daripada swasta tumbuh bagaikan cendawan di bandar-bandar. Persoalan pokok disini... MENGAPA PERMATA??? mengapa tidak memperkasakan institusi yang sedia ada walhal kerajaan Najib hari ini mengamalkan konsep berjimat cermat dalam awal pentadbiran beliau? mengapa mesti menghabiskan berjuta ringgit kepada sesuatu yang sebenarnya telah dilakukan oleh agensi kerajaan kini? jika ianya tersangat sangat penting sekalipun... mengapa pihak yang memperkenalkannya tidak memberikan spesifikasi kepentingan dan kewajarannya diperingkat akar umbi??? mengapa saya mengatakan sedemikian? kerana dikhuatiri rakyat berpandangan serong mengenai apa sahaja dasar yang diperkenalkan oleh PM kita gara2 beberapa dasar dan keputusan kerajaan hari ini secara kasar dilihat sebagai tindakan yang membuang wang, masa dan tenaga... "bukankah lebih baik peruntukkan yang ada di salurkan untuk membina jalan raya yang belum siap dibelakang rumah aku ni," kata salah seorang penduduk kampung disini...

fikir-fikirlah....  

No comments:

Post a Comment